Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Puan Pn Raja Lailatul Zuraida Bt Raja Maamor Shah.
video diatas memaparkan penjelasan tentang konsep dan tujuan pelaksanaan PT3.
Apakah PT3?
PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah.
Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Empat pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
KHB Kemahiran Teknikal
KHB Ekonomi Rumah Tangga
KHB Pertanian
KHB Perdagangan dan Keusahawanan
Lima pilihan bahasa tambahan:
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Apakah skop sukatan pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.
Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dalam pelaksanaan PT3?
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan (item), panduan penskoran dan garis panduan pelaksanaan dan panduan penjaminan kualiti PT3 serta melaksanakan penjaminan kualiti PT3.
Apakah peranan sekolah dalam pelaksanaan PT3?
Sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan kertas soalan, pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, penggredan dan pelaporan PT3 berdasarkan soalan, panduan penskoran dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, sekolah perlu melaksanakan penjaminan kualiti PT3.
Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditaksir menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Lisan terdiri daripada Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.
Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun?
Mata pelajaran tersebut akan menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis sahaja.
Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi?
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan Pelbagai Instrumen seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian Lapangan (field study) atau Kajian Kes (case study). Bagi tahun 2014, Lembaga Peperiksaan telah menetapkan Kajian Kes sebagai instrumen pentaksiran bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan.
Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan?
Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
BILA disebut
tentang matematik, pasti ramai yang mempunyai persepsi serong seolah-olah ilmu
angka ini sukar dipelajari, difahami, mungkin juga mustahil untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Namun, pernahkah kita hidup sehari, sejam atau
seminit tanpa kiraan angka? Secara logik akal, semua manusia yang hidup atau
mati, bergerak atau tidak, akan memerlukan pengiraan sama ada menghitung masa,
perjalanan, aktiviti fizikal dan apa sahaja perbuatan.
Permulaan
BENTUK angka kuno yang digunakan dalam sistem matematik tamadun Maya di Benua Amerika lebih 4,000 tahun dahulu
Ilmu matematik
adalah satu subjek yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan yang
mempunyai bentuk atau tidak (cecair atau gas). Mengikut fahaman Barat,
Matematik cuma banyak berkembang sejak 2,000 tahun lalu dengan bentuk angka
moden (0 hingga 9 dan gabungannya) yang hanya wujud sejak abad ke-16. Pengiraan
dan abjad mungkin bentuk komunikasi terawal tamadun kuno sebelum wujudnya angka
moden, abjad atau tulisan bagi memenuhi keperluan minda manusia mengimbangkan
pengiraan, ukuran, bentuk dan pergerakan objek fizikal dalam hid up seharian.
ini mudah dibuktikan dengan kewujudan sistem
kiraan dalam tamadun Maya di Benua Amerika sejak lebih 2,000 tahun sebelum
Masihi yang membolehkan mereka membina kalendar dan jam serta struktur bangunan
gergasi mengikut kiraan simetri yang tepat. Bagaimana pula dengan tamadun Mesir
purba yang membina piramid gergasi di Giza yang usianya lebih 5,000 tahun?
Piramid-piramid gergasi sebagai kuil, makam atau tugu turut dibina tamadun kuno
Nigeria, Yunani, Sudan, China, India, Kemboja, Indonesia dan mungkin juga satu
tamadun kuno di utara Semenanjung Malaysia. Kesemua tamadun awal ini mempunyai
satu persamaan iaitu menggunakan pengiraan dan matematik untuk membina struktur
gergasi bersimetri, sistem penempatan teratur serta cara hidup yang tetap
melalui urus niaga penukaran barang dalam bilangan yang sama nilai (sistem
barter). Itu semua cukup untuk membuktikan hidup mereka ketika itu sudah
dipenuhi pelbagai bentuk angka dan kiraan bagi membolehkan hidup seharian
dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.
Gambar BINAAN piramid menunjukkan matematik telah lama digunakan dalam kehidupan manusia zaman dahulu yang mampu mencabar keupayaan binaan zaman moden.
la juga membuktikan bentuk angka moden
bukannya penentu kemajuan ilmu matematik sama ada untuk tamadun kuno ataupun
tamadun moden kini. Selain binaan bangunan, tamadun awal manusia juga mempunyai
sistem kiraan kewangan dalam bentuk syiling emas, perak dan gangsa di samping
menggunakan kiraan dalam ilmu kimia, astronomi, perubatan dan pelbagai cabang
sains yang lain. Matematik juga menjadi antara cabang ilmu utama yang
menentukan kekuatan , ketahanan dan keagungan sesuatu tamadun kuno terutamanya
dalam pertahanan dan peperangan yang banyak bermain dengan angka bilangan
tentera, senjata dan taktik perang.
contoh wang syiling dahulu kala
Pengiraan
Kebanyakan ilmu
tamadun kuno hilang di permulaan abad Masihi lebih 2,000 tahun lalu atas
pelbagai sebab sehingga memaksa tamadun manusia kini mempelajari semula apa
yang diaplikasikan nenek-moyang yang sebenarnya lebih maju daripada kita.
Rahsia cara piramid dibina juga baru sahaja dibongkar melalui kaedah sains dan
matematik moden sekitar 10 tahun lalu sedangkan bandar-bandar moden asyik
bermegah dengan binaan bangunan pencakar langit mereka sejak 1950an lagi.
Daripada sudut aplikasi ilmu, matematik moden lebih banyak bertuinpu di
kalangan cendekiawan dan pakar angka sebagai golongan profesional atau ahli
akademik sedangkan masyarakat umum makin `membenci' dan menjauhi penerimaan
angka dalam kehidupan seharian. Matematik yang biasa difahami kebanyakan
daripada kita juga lebih melibatkan angka di kelas, duit di bank, bil bulanan,
bayaran untuk pembelian, bilangan saman atau kiraan masa. Sedar atau tidak,
kita sebenarnya dikelilingi angka dan pengiraan, sepan-. jang masa seperti mana
bilangan duit di dalam dompet, saiz hidangan makanan yang dibeli, jarak
memandu, degup jantung, jarak pandangan dan pendengaran, rentak pernafasan
mahupun sistem untuk memulakan kerja di pejabat. Kita juga menghitung angka
nombor telefon, bilangan hari kerja dan cuti, jumlah lagu yang boleh disimpan
dalam telefon bimbit, panjang dan pendek artikel ini, memilih cawan besar atau
kecil, mengukur panjang rambut mahupun jenis dan bentuk pakaian yang ingin
dipakai. Agak sukar untuk mencari sesuatu dalam kehidupan seharian yang tidak
memerlukan atau tidak melibatkan penggunaan pengiraan dan ilmu matematik.
Mungkin kita tidak membilang atau menghitung menggunakan angka, tetapi anggaran
panjang, laju, saiz atau bentuk juga suatu kiraan matematik secara umum. Budaya
menetapkan pemikiran bahawa matematik itu sesuatu yang susah atau perkara
melibatkan angka cuma akan memeningkan kepala telah melalaikan masyarakat kini
terhadap kehadiran matematik dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Ramai yang menikmati kemewahan hidup hasil
aplikasi pengiraan dan matematik tanpa berfikir panjang betapa bezanya hidup
mereka tanpa kemampuan atau ilmu untuk mengira, mengukur, menilai dan menyusun.
Mampukah kita membina pelbagai bentuk banguna besar dan kecil tanpa matematik
yang.digunakan dalam fizik kejuruteraan binaan bangunan? Mampukah kita membina
kenderaan darat, laut dan udara; membina meja dan kerusi tegap dan tidak
senget; membina jalan raya yang rata; dan mampukah kita memajukan sistem. perubatan
moden tanpa kiraan asas dos ubat untuk rawatan?
Tanpa pemahaman dan
kemampuan pengiraan dan matematik, kita mungkin tidak mampu untuk membina
sesuatu yang asas sekalipun seperti sudu, pinggan dan cawan mengikut saiz dan
bentuk simetri khusus. Untuk itu, kita perlu menghayati, menghargai dan
memahami fungsi dan aplikasi angka-angka dalam kehidupan harian dan
membudayakan sifat ingin tabu untuk mendalami semua jenis ilmu termasuk ilmu
kiraan matematik.
Persepsi bahawa matematik itu hanya perlu
dipelajari untuk lulus peperiksaan juga adalah cara pemikiran cetek di kalangan
mereka yang malas menggunakan akal fikiran dan perlu ditinggalkan serta dijauhi
terutamanya di kalangan generasi muda
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, video ini
lebih menceritakan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru matematik.
Dalam sesi pengajaran pembelajaran, guru mengunakan teknik imbas kembali dalam set induksi yang mana guru meminta
pelajar sukarela memberi tahu apa yang telah mereka belajar kelas sebelumnya
dan selepas itu perbincangan ringkas tentang konsep tunduk dan sudut.
Setelah
itu, guru telah memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk membina
klinometer untuk mengukur ketinggian di kawasan sekolah dengan berbekalkan
peralatan yang telah guru sediakan. Dalam aktiviti guru menggunakan pendekatan Project Based Learning yang
mana menyediakan struktur untuk penerokaan yang membantu pelajar menghayati
pembelajaran dan meningkatkan pemahaman. Aktiviti ini lebih kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bahan yang guru hanya
berperanan sebagai fasilitator
membimbing pelajar sepanjang aktiviti ini dijalankan
Setelah
itu, pembentangan “power point” di
jalankan yang mana pelajar menggunakan pengetahuan ICT untuk menyediakan slaid
power point dan membuat persembahan. Dan pada akhir kelas, guru memberi
pandangan ringkas tentang sudut donggak dan tunduk dan diakhiri dengan memberi
latihan.
Daripada
pandangan mata kasar, hampir keseluruhan murid dapat memberi respon dengan
tepat terhadap arahan dan soalan guru. Selain itu, pelajar memberi pandangan
yang sesuai dan mengemukakam soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan
berkaitan tajuk pelajaran dan hampir semua pelajar dapat mencapai objektif
pembelajaran.
Bagaiman
pula dari sudut pandangan secara halus dan mendalam? Dari pemerhatian yang di
buat terdapat beberapa isu pendekatan pengajaran iaitu isu pembelajaran luar kelas. Tidak dinafikan pembelajaran luar
kelas mampu mendedahkan pelajar persekitaran yang baik dan menarik minat
pelajar. (sebab pelajar minat adventure). Namun demikian, cukupkah masa yang
diberikan? Jikalau guru tidak tahu mengatur masa mungkin objektif pembelajaran
dan pengajaran pada hari itu tidak tercapai. Masa adalah satu elemen yang
mustahak dan perlu diambil kira, guru hendaklah bijak membahagikan masa dan
pada masa itu ‘lesson plan” amat berguna.
Isu
kedua ialah isu interaksi sosial. Jika
merujuk pada video yang dipilih interaksi sosial berlaku antara pelajar dengan
guru dan pelajar dengan pelajar adalah sangat aktif dimana pelajar memberi respon yang baik
ketika guru bertanya pada pelajar tentang konsep donggak dan tunduk. Manakala
semasa pembelajaran diluar kelas, keberjayaan setiap kumpulan mendapat ukuran
sudut setiap ketinggian menunjukkan kebolehkerjasamaan sesama pelajar dalam
kumpulan dimana interaksi antara pelajar adalah aktif secara berkesan. Menurut
Bonner ( dalam Ali, 2004) interaksi merupakan suatu hubungan antara dua orang
atau lebih individu, dimana kelakuan individu mempengaruhi, mengubah atau
mempengaruhi individu yang lain atau sebaliknya. Justeru, isu interaksi sosial
ini boleh dicegah asalkan guru menyediakan ruang interaksi yang luas semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Penggunaan
teknologi juga merupakan isu pendekatan pengajaran. Pengajaran berasaskan
teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik
mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah
menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang
bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah
serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Hasil
daripada pemerhatian video yang kami pilih, guru mengunakan slaid power point dalam menyampaikan
pengajaran manakala pelajar pula mengunakan aplikasi ini membentang hasil kerja
kumpulan. Persoalannya adakah guru lama menggunakan pengunaan teknologi sebagai
medium alat bantu mengajar? Dan adakah kesemuanya pelajar dalam kumpulan
tersebut mahir menggunakan komputer? Isu ini berbangkit kerana bukan semua
pelajar mahir dan memiliki komputer riba. Bagi menangani masalah ini, pihak
kementerian perlu menyediakan satu krusus yang membawa kepada perubahan cara
pengajaran guru lama dan membuka sebuah bilik komputer pengunaan adalah
terbubka kepada semua pelajar agar mereka tidak ketinggalan dalam pengunaan
teknologi.
Dan akhir sekali, isu alat bantu mengajar. Hal ini
bertitik tolak pada cara guru menyampaikan pengajaran yang mana menurut Azhar
(2008) mendapati pengunaan alat bantu mengajar dan teknologi pengajaran
merupakan aspek yang didapati kurang digunakan oleh guru. Oleh itu,
permasalahan ini perlu diatasi oleh guru itu sendiri dengan mengubah cara
pengajaran merek dengan mengunakan pendekatan yang sesuai dengan mempraktik
alat bantu mengajar yang sesuai agar dapat menarik perhatian pelajar dalam
pengajaran.
Penambahbaikan
dan cadangan
1)Pihak
Institusi Pengajian Tinggi perlu menambahkan tempoh masa praktikal daripada 4
bulan dilanjutkan kepada 9 bulan atau lebih dari itu. Tempoh masa 4 bulan adalah masa yang singkat untuk
guru pelatih bersedia untuk menginjak kealam pekerjaan sebagai guru. Hal ini
kerana, dalam tempoh 4 bulan itu tidak semestinya guru pelatih dapat mengajar
sepenuh masa disebabkan hal-hal sekolah kadang kalanya mempunyai program-program,
pesta, sukan, hari penganugerahan dimana guru pelatih akan terlibat sama. Guru
pelatih memerlukan tempoh masa yang lama untuk menyesuaikan diri dan memahirkan
diri mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang telah mereka belajar. Dengan mempraktikan
kesemua kaedah-kaedah pengajaran, mereka akan dapat mengenalpasti kaedah mana
yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif pengajaran dan ini akan dapat
menyediakan bakal guru yang berkesan.
2)Pihak
sekolah perlulah menambahkan waktu pembelajar matematik. Disebabkan matematik merupakan
mata pelajaran yang abstrak yang mana pembentukan sesuatu konsep matematik
tidak akan berjaya melalui penglihatan sahaja dan ini maksudnya pelajar
memerlukan masa untuk belajar sesuatu yang memerlukan imaginasi numerikal yang
tinggi.selain itu,
guru tidak akan terkejar- kejar masa untuk menghabiskan subtopic dan tidak
terlepas pandang pada pelajar yang tidak faham.
3)Penyediaan
kelas tutorial kepada pelajar dan guru lama tentang penggunaan teknologi. Tutorial perlu
untuk memastikan pelajar mampu mengunakan teknologi untuk mencari maklumat
tambahan dalam subjek tertentu dan mengunakan dalam pembentengan seperti
pengunaan slaid power point, menyediakan
kertas kerja mengunakan computer riba memandangkan bukan semua pelajar datang
dari keluarga yang berkemampuan. Manakala guru pula perlukan tutorial agar
dapat mengunakan teknologi mencari bahan dan menambahkan pengetahuan dalam
menyampaikan pengajaran secara berkesan dan dalam masa yang sama mengunakan
computer dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar
memahami subtopic yang diajar.
4)Pihak
Kementerian Pendidikan perlu menganjurkan program ataupun kem guru matematik
samaada di peringkat daerah, negeri ataupun antarabangsa. Program ataupun kem guru ini melibatkan guru-guru
matematik di seluruh Malaysia yang mana guru- guru ini berkumpul dalam satu
tempat berkongsi pengalaman dan kaedah yang sesuai dalan mengajar pelajar dan
cara mengatasi masalah pelajar yang lemah dan tidak suka matematik. Dalam program
ini dapat mendedahkan guru dengan pelbagai cara setiap sisi kelemahan setiap
guru dan dapat diperbaiki.
5)Pihak
Kementerian Pelajaran perlu menguji kompentensi bakal guru. Dalam melahirkan guru yang berkualiti yang dapat
meningkatkan pencapaian pelajar, pihak kementerian perlulah menjalankan
pengujian kompetensi agar bakal guru tersebut akan lebih bersedia dan
menitikberatkan isu-isu semasa tentang pengajaran dan masalah pelajar subjek
matematik sebelum menduduki ujian kompentasi. Pengujian ini adalah penting agar
isu guru kurang pengetahuan isi kandung matematik dapat diatasi.
6)Pihak
sekolah menganjurkan minggu matematik pada setiap bulan. Minggu matematik yang dimaksudkan adalah minggu
bersama pelajar-pelajar dimana pelbagai akitiviti menarik berunsurkan matematik
disediakan. Matlamat utama program minggu matematik adalah mengalakkan
interaksi sesame pelajar dan beramah mesra dengan guru matematik. Dengan ini,
masalah intersaksi berkumpulan akan dapat diatasi dan pelajar yang mulanya
malu-malu akan bertukar menjadi pelajar yang aktif disebabkan mempunyai
keyakinan dalam kerja berkumpulan.
Jika kita lihat pada hari ini, setiap deretan kedai pasti ada sebaris pusat tuisyen dan setiap tampalan di dinding- dinding bangunan kedai dan papan kenyataan tidak kira di pangsapuri ataupun perhentian bas tertulis iklan pusat tusiyen yang berbagai jenis dengan tawaran pakej yang cukup menarik para ibu bapa untuk mendaftar di pusat tuisyen tersebut. tidak kurangnya media sosial pada masa kini, jika kita klik sahaja "pusat tuisyen", secara langsung kita disajikan senarai pusat tuisyen yang ada berhampiran.
Mengapa fenomena sebegini berlaku? seolah-olah pusat Tuisyen pada hari ini merupakan trend terkini yang mana pusat- pusat tuisyen boleh kita jumpa di mana-mana sahaja.Adakah kerana sistem pembelajaran di sekolah tidak berkesan, sehingga ibu bapa perlu menghabiskan ratusan ringgit bagi seorang anak untuk menghadiri kelas tambahan?ada yang berpendapat bahawa Pembelajaran diterima di sekolah tidak mencukupi dan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak ke tuisyen.
Fenomena sebegini secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti guru matematik. Orang ramai tidak boleh menunding jari atas kesemuanya kepada guru kerana guru mempunyai beban yang banyak memandangkan sistem pendidikan kita sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran masa yang mana guru terpaksa akur dan patuh dengan bebanan baru yang diberikan kepada mereka. Walhal kita tahu bahawa guru in telah dilantik dan telah menjalani latihan dan mempelajari ilmu matematik di peringkat ijazah Sarjana mudah selama 4 tahun dan semudah itu masyarakat memperlekehkan kebolehan seorang guru. jika kita di tempat mereka mungkin baru kita faham bebanan tangungan yang mereka rasai.
Namun demikian, mungkin sesetengah guru masih belum mahir menggunakan pendekatan yang sesuai terutamanya guru baru tetapi itu bukanya alasan guru itu tidak reti mengajar cuma perlukan masa untuk menilai prestasi mereka sendiri dengan melakukan refleksi setiap kali habis kelas.
Berbalik pada isu lambakan pusat tuisyen. Ibu bapa perlulah mempertimbang setiap aspek baik dan buruknya sebelum menghantar anak mereka pusat tuisyen, Di pusat tuisyen, anak-anak disuap dengan pelbagai maklumat. Ini menyebabkan mereka tidak tahu mencari maklumat dan hanya bergantung kepada orang lain. Selain itu, kita juga tidak tahu kualiti sesebuah pusat tuisyen, selain itu, tenaga pengajar yang dibekalkan belum tentu mendapat pengiktirafan pendidikan dari mana-mana universiti.
Tuntasnya, siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?
“Antara masalah utama dalam sistem pendidikan adalah perubahan dasar setiap kali berlaku perubahan tampuk pimpinan. Apabila menteri lain dilantik, dasar sebelum ini dilupakan dan akhirnya, anak-anak menjadi mangsa,”
Menurut Piaget(1973) ,bahasa adalah satu pernyataan budaya dan satu alat kognitif yang berkhidmatan kepada pemikiran. Penggunaan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tertakluk kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sesebuah sekolah. Isu pemansuhan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah pada 8 Julai 2009 dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris, MBMMBI telah hangat diperkatakan dan menerima pelbagai respon dari pelbagai pihak tidak kira samaada guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat.Keputusan tersebut dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk memastikan seluruh pelajar rendah dan menengah di negara ini mampu menguasai kedua-dua bahasa tersebut pada tahap yang terbaik.
Sejajar dengan keputusan baharu tersebut, pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masingmasing dalam P&P Sains dan Matematik. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Namun demikian, ekoran daripada pelaksanaan dasar baharu ini memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di setiap peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Impak samaada positif dan negetif akan dibincang secara lanjut dalam subtopik seterusnya.
Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Sekolah Rendah
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang menitikberatkan perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua ketegori iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan seperti cina dan india.
Sekolah kebangsaan di Malaysia tidak kira diluar bandar ataupun bandar telah mengunakan bahasa melayu semula dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan ini merupakan berita gembira buat sesetengah pihak yang mengandaikan pengunaan bahasa Inggeris sebelum ini. Shaharir Mohd Zain (17 januari 2003) menyatakan bahawa pelajar terutamanya pada peringkat sekolah rendah, akan dapat menerima pengetahuan dengan lebih mudah sekiranya bahasa ibunda mereka digunakan sebagai bahasa pengantar. Manakala sekolah jenis kebangsaan seperti cina akan menggunakan bahasa ibunda mereka semula dalam pengajaran matematik dan sains iaitu bahasa cina dan ini menyenangkan para guru untuk menyampaikan ilmu dimana pengunaan bahasa cina dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik menggunakan bahasa cina dimana pengunaan ayat yang mudah mampu meningkatkan dan mempercepatkan pemahaman para pelajar
Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Sekolah Menengah
Dalam peringkat sekolah Menengah, kebanyakan murid dari sekolah rendah jenis kebangsaan seperti cina dan tamil akan memasuki sekolah menengah kebangsaan disebabkan jurang sosioekonomi dimana lanjutan sekolah menengah jenis kebangsaan memerlukan perbelanjaan yang banyak berbanding dengan sekolah bantuan kerajaan iaitu sekolah menengah kebangsaan. Oleh yang demikian, murid ini akan menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik dimana bahasa penghantar matematik adalah bahasa melayu dan ini menyukarkan lagi keadaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990), dalam kajiannya mendapati bahawa kesalahan penggunaan perkataan atau istilah banyak dilakukan oleh murid-murid bukan bumiputera terutamanya oleh murid-murid Cina, ini disebabkan kurangnya pendedahan terhadap bahasa Melayu. Justeru, permasalahan ini menyulitkan pelajar cina soalan matematik walaupun asas matematik pelajar ini kuat.
Tambahan pula, bukan sahaja pelajar cina yang menghadapi masalah, malah sesetengah pelajar melayu sendiri mempunyai masalah dalam memahami soalan matematik. Kegagalan orang melayu bermula pada tahap pembacaan bahan matematik. Pelajar melayu seringkali bermasalah dalam menyelesaikan masalah dalam bentuk penceritaan dalam bahagian pengaplikasi. Penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dan memerlukan kefahaman teks arahan proses mengira. Menurut Baretta- Lorton (1997) penyebab pelajar bermasalah dalam menjawab soalan matemaruj terutama sekali bahagian penyelesaian masalah kerana kebanyakkan mereka lemah dalam penyusunan ayat.
Dalam masa yang sama, guru turut menghadapi masalah dalam menyampaikan ilmu matematik kepada pelajar dengan menggunakan bahasa yang bukan bahasa penguasaan utama
dalam pembelajaran matematik terutama generasi pertama produk PPSMI, mereka ini yang mula belajar matematik dalam bahasa inggeris bermula tingkatan satu pada tahun 2003 yang mana ada diantara mereka menjadi warga pendidik pada hari ini. Menurut Omar (1993), guru-guru tidak akan dapat mengajar dengan berkesan tanpa perbendaharaan yang cukup. Seseorang itu akan dapat menguasai sesuatu bahasa dari semua aspek sekiranya ia mempunyai serta menguasai perbendaharaan yang luas. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa penguasaan serta kesediaan yang tinggi diperlukan bagi membolehkan seseorang guru itu menyampaikan pengajaran Matematik dalam Bahasa melayu dengan baik. Kemahiran dan penguasaan mata pelajaran adalah aset penting bagi seseorang guru. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkeyakinan. Justeru, permasalah guru produk PPSMI ini, mereka keliru dalam pengunaan istilah matematik inggeris dan melayu yang sangat jauh beza contohnya (radius- jejari, horizontal line- sudut donggakan, intersection- berserenjang dan sebagai.) justeru, wujud kekeliruan dalam penyampaian pengajaran istilah matematik (dwibahasa).
Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Pengajian Tinggi
Bahasa Inggeris banyak digunakan sebagai bahasa pengantar utama khususnya dalam menyampaikan subjek matematik dan mengendalikan program pascasiswazah. Antara sebabnya termasuklah kebanyakan bahan pendidikan matematik yang lengkap sifatnya dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Dari satu segi, terutamanya pengertian saintifik dan kesarjanaan, bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa yang paling moden dan layak, serta patut digunakan sebagai bahasa pengantar untuk pengajian tinggi.
Globalisasi memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan atau sokongan ke seluruh dunia, dengan kadar yang amat pesat. Dengan ini, banyak negara yang dahulunya tidak pun menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, mula menggunakan bahasa Inggeris untuk subjek sains tabii dan teknologi moden. Seterusnya, bahasa itu digunakan pula untuk mengendalikan program pengajian sains sosial dan kemanusiaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New Straits Times, 7 Mei 2002). Para pelajar mesti sedar akan kepentingan bahasa kedua ini dalam menjamin masa depan mereka kelak. Kelemahan dalam penguasaan Bahasa Ingeris ini akan menyebabkan keputusan para pelajar merudum dan merosakkan masa depan mereka. Kesannya, ini boleh menyebabkan peningkatan pengangguran selepas para pelajar lemah tamat pelajaran sama ada di peringkat sekolah menengah atau peringkat lebih tinggi. Keperluan kepada kefasihan bertutur dan kemampuan menulis dalam bahasa kedua ini sudah menjadi pengetahuan wajib bagi sesetengah syarikat antarabangsa.
Bahasa Matematik merupakan bahasa yang menjadikan asas bagi setiap individu selepas bahasa ibunda. Hal ini kerana daripada tahap pendidikan rendah hingga pendidikan tinggi, setiap individu akan mempelajari bahasa Matematik secara mendalam mengikut peringkat masing-masing.
Namun, isu penguasaan bahasa Matematik mula diperkatakan berdasarkan beberapa faktor antaranya kelemahan perbendaharaan kata Matematik. Bahasa Matematik merupakan alat komunikasi yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam subjek Matematik (Noraini Idris, 2005) maka setiap guru dan pelajar perlu menguasai setiap simbol dan istilah. Penguasaan istilah simbol oleh pelajar masih lagi berada di tahap membimbangkan. Secara kasarnya, para pelajar sering kali tersalah konsep bagi memahami istilah simbol tersebut. Sebagai contoh, ≥ dan > membawa maksud yang berlainan. Para pelajar juga sering kali tertukar simbol ≥ dan ≤ ketika menjawab soalan Matematik.
Selain itu, pelajar juga mempunyai masalah dalam menukarkan bahasa berayat kepada bahasa Matematik ketika melibatkan soalan penyelesaian masalah. Jika diperhatikan, para pelajar lebih gemar menjawab soalan berstruktur berbanding soalan berayat. Hal ini kerana pelajar tidak menguasai bahasa Matematik dengan baik menyebabkan mereka tidak dapat memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan. Sebagai contoh, pelajar seharusnya memahami beberapa istilah Matematik yang berayat seperti ‘beza’ merujuk kepada proses penolakan atau ‘campur’ merujuk kepada proses penambahan. Kekurangan kefahaman konsep Matematik dalam kalangan pelajar merupakan salah satu isu dalam penguasaan bahasa Matematik. Seseorang pelajar perlu menguasai konsep asas dalam Matematik bagi sesuatu topik. Hal ini kerana setiap tajuk dalam kurikulum berkait antara satu sama lain dan pelajar akan belajar lebih mendalam terhadap topik tersebut mengikut tahap yang ditetapkan.
Bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Matematik dalam kalangan pelajar, guru haruslah memainkan peranan penting dalam melaksanakan peranan ini. Antara langkah yang boleh dimainkan ialah guru seharusnya menyelaraskan simbol dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ketidakfahaman pelajar terhadap sesuatu topik Matematik adalah disebabkan kesalahan konsep terhadap maksud simbol yang dipelajari. Terdapat lima jenis masalah yang berkaitan dengan simbol dalam Matematik iaitu simbol yang tidak konsisten, simbol yang tidak tepat, simbol yang sinonim, simbol ‘archaic’ dan simbol ‘ambiguous’. Berdasarkan masalah simbol ini, guru seharusnya mencari cara menyelesaikan daripada semua aspek kaedah pengajaran, strategi pengajaran dan penyelarasan simbol bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, salah faham konsep Matematik dapat diatasi dengan membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran pelajar terhadap idea Matematik. Proses penyelesaian masalah dan pemahaman berlaku dalam bidang Matematik melalui aktiviti perbincangan dan komunikasi (Noraini Idris, 2005). Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berupaya membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran mereka dalam kumpulan mengenai sesuatu topik serta dapat membantu pelajar memahami dan membina kefahaman konsep Matematik.
Selain itu, guru boleh menjelaskan sesuatu konsep melibatkan situasi harian pelajar. Melalui cara ini, pelajar berupaya meningkatkan kefahaman sesuatu topik jika dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, konsep isi padu yang dipelajari dikaitkan dengan mengira isi padu tangki air. Melalui ini, pelajar dapat membayangkan situasi tersebut jika mereka diberikan soalan penyelesaian masalah.
Bagi menyelesaikan soalan berayat, pelajar perlu menguasai kemahiran menggunakan bahasa Matematik. Tanpa penguasaan yang baik, pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan terutama sekali melibatkan masalah yang lebih kompleks. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya memahami masalah, boleh menterjemahkan ayat biasa kepada ayat Matematik dan dapat melaksanakan langkah penyelesaian yang melibatkan operasi dan rumus tertentu. Bagi mengatasi masalah ini, seorang guru Matematik perlu menggunakan bahasa Matematik dengan tepat dan betul dalam proses pengajaran. guru Matematik juga boleh melatih pelajar menyelesaikan soalan berayat dengan cara menggariskan dan mengeluarkan isi-isi penting daripada soalan yang dikemukakan. Melalui ini, pelajar akan berasa lebih mudah untuk menjawab soalan berayat jika mereka sudah mengetahui teknik-teknik yang betul bagi menjawab soalan tersebut.
Secara umumnya, pendidikan pelajar bermula dari rumah lagi. Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa mempraktikkan bahasa Matematik dari rumah lagi (Noraini Idris, 2005). Sebagai contoh, biasanya bola dipanggil sebagai bentuk bulat oleh masyarakat, namun dari bahasa Matematik bola adalah berbentuk sfera. Oleh itu, konsep ini perlu diubah supaya proses didikan anak mengenai bahasa matematik menjadi mudah dan jelas. Selain itu, ia menghindarkan anakanak daripada mendapat konsep yang salah dan kabur mengenai pengetahuan mereka dalam Matematik.