BILA disebut tentang matematik, pasti ramai yang mempunyai persepsi serong seolah-olah ilmu angka ini sukar dipelajari, difahami, mungkin juga mustahil untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Namun, pernahkah kita hidup sehari, sejam atau seminit tanpa kiraan angka? Secara logik akal, semua manusia yang hidup atau mati, bergerak atau tidak, akan memerlukan pengiraan sama ada menghitung masa, perjalanan, aktiviti fizikal dan apa sahaja perbuatan.
Permulaan
BENTUK angka kuno yang digunakan dalam sistem matematik tamadun Maya di Benua Amerika lebih 4,000 tahun dahulu
Ilmu matematik
adalah satu subjek yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan yang
mempunyai bentuk atau tidak (cecair atau gas). Mengikut fahaman Barat,
Matematik cuma banyak berkembang sejak 2,000 tahun lalu dengan bentuk angka
moden (0 hingga 9 dan gabungannya) yang hanya wujud sejak abad ke-16. Pengiraan
dan abjad mungkin bentuk komunikasi terawal tamadun kuno sebelum wujudnya angka
moden, abjad atau tulisan bagi memenuhi keperluan minda manusia mengimbangkan
pengiraan, ukuran, bentuk dan pergerakan objek fizikal dalam hid up seharian.
ini mudah dibuktikan dengan kewujudan sistem
kiraan dalam tamadun Maya di Benua Amerika sejak lebih 2,000 tahun sebelum
Masihi yang membolehkan mereka membina kalendar dan jam serta struktur bangunan
gergasi mengikut kiraan simetri yang tepat. Bagaimana pula dengan tamadun Mesir
purba yang membina piramid gergasi di Giza yang usianya lebih 5,000 tahun?
Piramid-piramid gergasi sebagai kuil, makam atau tugu turut dibina tamadun kuno
Nigeria, Yunani, Sudan, China, India, Kemboja, Indonesia dan mungkin juga satu
tamadun kuno di utara Semenanjung Malaysia. Kesemua tamadun awal ini mempunyai
satu persamaan iaitu menggunakan pengiraan dan matematik untuk membina struktur
gergasi bersimetri, sistem penempatan teratur serta cara hidup yang tetap
melalui urus niaga penukaran barang dalam bilangan yang sama nilai (sistem
barter). Itu semua cukup untuk membuktikan hidup mereka ketika itu sudah
dipenuhi pelbagai bentuk angka dan kiraan bagi membolehkan hidup seharian
dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.
Gambar BINAAN piramid menunjukkan matematik telah lama digunakan dalam kehidupan manusia zaman dahulu yang mampu mencabar keupayaan binaan zaman moden.
la juga membuktikan bentuk angka moden
bukannya penentu kemajuan ilmu matematik sama ada untuk tamadun kuno ataupun
tamadun moden kini. Selain binaan bangunan, tamadun awal manusia juga mempunyai
sistem kiraan kewangan dalam bentuk syiling emas, perak dan gangsa di samping
menggunakan kiraan dalam ilmu kimia, astronomi, perubatan dan pelbagai cabang
sains yang lain. Matematik juga menjadi antara cabang ilmu utama yang
menentukan kekuatan , ketahanan dan keagungan sesuatu tamadun kuno terutamanya
dalam pertahanan dan peperangan yang banyak bermain dengan angka bilangan
tentera, senjata dan taktik perang.
contoh wang syiling dahulu kala
Pengiraan
Kebanyakan ilmu
tamadun kuno hilang di permulaan abad Masihi lebih 2,000 tahun lalu atas
pelbagai sebab sehingga memaksa tamadun manusia kini mempelajari semula apa
yang diaplikasikan nenek-moyang yang sebenarnya lebih maju daripada kita.
Rahsia cara piramid dibina juga baru sahaja dibongkar melalui kaedah sains dan
matematik moden sekitar 10 tahun lalu sedangkan bandar-bandar moden asyik
bermegah dengan binaan bangunan pencakar langit mereka sejak 1950an lagi.
Daripada sudut aplikasi ilmu, matematik moden lebih banyak bertuinpu di
kalangan cendekiawan dan pakar angka sebagai golongan profesional atau ahli
akademik sedangkan masyarakat umum makin `membenci' dan menjauhi penerimaan
angka dalam kehidupan seharian. Matematik yang biasa difahami kebanyakan
daripada kita juga lebih melibatkan angka di kelas, duit di bank, bil bulanan,
bayaran untuk pembelian, bilangan saman atau kiraan masa. Sedar atau tidak,
kita sebenarnya dikelilingi angka dan pengiraan, sepan-. jang masa seperti mana
bilangan duit di dalam dompet, saiz hidangan makanan yang dibeli, jarak
memandu, degup jantung, jarak pandangan dan pendengaran, rentak pernafasan
mahupun sistem untuk memulakan kerja di pejabat. Kita juga menghitung angka
nombor telefon, bilangan hari kerja dan cuti, jumlah lagu yang boleh disimpan
dalam telefon bimbit, panjang dan pendek artikel ini, memilih cawan besar atau
kecil, mengukur panjang rambut mahupun jenis dan bentuk pakaian yang ingin
dipakai. Agak sukar untuk mencari sesuatu dalam kehidupan seharian yang tidak
memerlukan atau tidak melibatkan penggunaan pengiraan dan ilmu matematik.
Mungkin kita tidak membilang atau menghitung menggunakan angka, tetapi anggaran
panjang, laju, saiz atau bentuk juga suatu kiraan matematik secara umum. Budaya
menetapkan pemikiran bahawa matematik itu sesuatu yang susah atau perkara
melibatkan angka cuma akan memeningkan kepala telah melalaikan masyarakat kini
terhadap kehadiran matematik dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Ramai yang menikmati kemewahan hidup hasil
aplikasi pengiraan dan matematik tanpa berfikir panjang betapa bezanya hidup
mereka tanpa kemampuan atau ilmu untuk mengira, mengukur, menilai dan menyusun.
Mampukah kita membina pelbagai bentuk banguna besar dan kecil tanpa matematik
yang.digunakan dalam fizik kejuruteraan binaan bangunan? Mampukah kita membina
kenderaan darat, laut dan udara; membina meja dan kerusi tegap dan tidak
senget; membina jalan raya yang rata; dan mampukah kita memajukan sistem. perubatan
moden tanpa kiraan asas dos ubat untuk rawatan?
Tanpa pemahaman dan
kemampuan pengiraan dan matematik, kita mungkin tidak mampu untuk membina
sesuatu yang asas sekalipun seperti sudu, pinggan dan cawan mengikut saiz dan
bentuk simetri khusus. Untuk itu, kita perlu menghayati, menghargai dan
memahami fungsi dan aplikasi angka-angka dalam kehidupan harian dan
membudayakan sifat ingin tabu untuk mendalami semua jenis ilmu termasuk ilmu
kiraan matematik.
Persepsi bahawa matematik itu hanya perlu
dipelajari untuk lulus peperiksaan juga adalah cara pemikiran cetek di kalangan
mereka yang malas menggunakan akal fikiran dan perlu ditinggalkan serta dijauhi
terutamanya di kalangan generasi muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan