Halaman

Isnin, 7 Disember 2015

isu pengunaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap peringkat sekolah






Menurut Piaget(1973) ,bahasa adalah satu pernyataan budaya dan  satu alat kognitif  yang berkhidmatan kepada pemikiran. Penggunaan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tertakluk kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sesebuah sekolah. Isu pemansuhan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah pada 8 Julai 2009 dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris, MBMMBI telah hangat  diperkatakan dan menerima  pelbagai respon dari pelbagai pihak tidak kira samaada guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat.Keputusan tersebut dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk memastikan seluruh pelajar rendah dan menengah di negara ini mampu menguasai kedua-dua bahasa tersebut pada tahap yang terbaik. 

Sejajar dengan keputusan baharu tersebut, pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masingmasing dalam P&P Sains dan Matematik. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. 

Namun demikian, ekoran daripada pelaksanaan dasar baharu ini memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di setiap peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Impak samaada positif dan negetif akan dibincang secara lanjut dalam subtopik seterusnya. 


Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Sekolah Rendah  

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang menitikberatkan perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua ketegori iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan seperti cina dan india. 

     Sekolah kebangsaan di Malaysia tidak kira diluar bandar ataupun bandar telah mengunakan bahasa melayu semula dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan ini merupakan berita gembira buat sesetengah pihak yang mengandaikan pengunaan bahasa Inggeris sebelum ini. Shaharir Mohd Zain (17 januari 2003) menyatakan bahawa pelajar terutamanya pada peringkat sekolah rendah, akan dapat menerima pengetahuan dengan lebih mudah sekiranya bahasa ibunda mereka digunakan sebagai bahasa pengantar. Manakala sekolah jenis kebangsaan seperti cina akan menggunakan bahasa ibunda mereka semula dalam pengajaran matematik dan sains iaitu bahasa cina dan ini menyenangkan para guru untuk menyampaikan ilmu dimana pengunaan bahasa cina dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik menggunakan bahasa cina dimana pengunaan ayat yang mudah mampu meningkatkan dan mempercepatkan pemahaman para pelajar



 Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Sekolah Menengah 

Dalam peringkat sekolah Menengah, kebanyakan murid dari sekolah rendah jenis kebangsaan seperti cina dan tamil akan memasuki sekolah menengah kebangsaan disebabkan jurang sosioekonomi dimana lanjutan sekolah menengah jenis kebangsaan memerlukan perbelanjaan yang banyak berbanding dengan sekolah bantuan kerajaan iaitu sekolah menengah kebangsaan. Oleh yang demikian, murid ini akan menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik dimana bahasa penghantar matematik adalah bahasa melayu dan ini menyukarkan lagi keadaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990), dalam kajiannya mendapati bahawa kesalahan penggunaan perkataan atau istilah banyak dilakukan oleh murid-murid bukan bumiputera terutamanya oleh murid-murid Cina, ini disebabkan kurangnya pendedahan terhadap bahasa Melayu. Justeru, permasalahan ini menyulitkan pelajar cina soalan matematik walaupun asas matematik pelajar ini kuat. 

     Tambahan pula, bukan sahaja pelajar cina yang menghadapi masalah, malah sesetengah pelajar melayu sendiri mempunyai masalah dalam memahami soalan matematik. Kegagalan orang melayu bermula pada tahap pembacaan bahan matematik.  Pelajar melayu seringkali bermasalah dalam menyelesaikan masalah dalam bentuk penceritaan dalam bahagian pengaplikasi. Penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dan memerlukan kefahaman teks arahan proses mengira. Menurut Baretta- Lorton (1997) penyebab pelajar bermasalah dalam menjawab soalan matemaruj terutama sekali bahagian penyelesaian masalah  kerana kebanyakkan mereka lemah dalam penyusunan ayat. 
 Dalam masa yang sama, guru turut menghadapi masalah dalam menyampaikan ilmu matematik kepada pelajar dengan menggunakan bahasa yang bukan bahasa penguasaan utama 


dalam pembelajaran matematik terutama generasi pertama produk PPSMI, mereka ini yang mula belajar matematik dalam bahasa inggeris bermula tingkatan satu pada tahun 2003 yang mana ada diantara mereka menjadi warga pendidik pada hari ini. Menurut Omar (1993), guru-guru tidak akan dapat mengajar dengan berkesan tanpa perbendaharaan yang cukup. Seseorang itu akan dapat menguasai sesuatu bahasa dari semua aspek sekiranya ia mempunyai serta menguasai perbendaharaan yang luas. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa penguasaan serta kesediaan yang tinggi diperlukan bagi membolehkan seseorang guru itu menyampaikan pengajaran Matematik dalam Bahasa melayu dengan baik. Kemahiran dan penguasaan mata pelajaran adalah aset penting bagi seseorang guru. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkeyakinan. Justeru, permasalah guru produk PPSMI ini, mereka keliru dalam pengunaan istilah matematik inggeris dan melayu yang sangat jauh beza contohnya (radius- jejari, horizontal line- sudut donggakan, intersection- berserenjang dan sebagai.) justeru, wujud kekeliruan dalam penyampaian pengajaran istilah matematik (dwibahasa).  


Penggunaan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Peringkat Pengajian Tinggi 

Bahasa Inggeris banyak digunakan sebagai bahasa pengantar utama khususnya dalam menyampaikan subjek matematik dan mengendalikan program pascasiswazah. Antara sebabnya termasuklah kebanyakan bahan pendidikan matematik yang lengkap sifatnya dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Dari satu segi, terutamanya pengertian saintifik dan kesarjanaan, bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa yang paling moden dan layak, serta patut digunakan sebagai bahasa pengantar untuk pengajian tinggi. 

        Globalisasi memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan atau sokongan ke seluruh dunia, dengan kadar yang amat pesat. Dengan ini, banyak negara yang dahulunya tidak pun menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, mula menggunakan bahasa Inggeris untuk subjek sains tabii dan teknologi moden. Seterusnya, bahasa itu digunakan pula untuk mengendalikan program pengajian sains sosial dan kemanusiaan.


           Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New Straits Times, 7 Mei 2002). Para pelajar mesti sedar akan kepentingan bahasa kedua ini dalam menjamin masa depan mereka kelak. Kelemahan dalam penguasaan Bahasa Ingeris ini akan menyebabkan keputusan para pelajar merudum dan merosakkan masa depan mereka. Kesannya, ini boleh menyebabkan peningkatan pengangguran selepas para pelajar lemah tamat pelajaran sama ada di peringkat sekolah menengah atau peringkat lebih tinggi. Keperluan kepada kefasihan bertutur dan kemampuan menulis dalam bahasa kedua ini sudah menjadi pengetahuan wajib bagi sesetengah syarikat antarabangsa.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan