PENDIDIKAN di negara ini adalah
satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang. Untuk mencapai matlamat ini,
kerajaan merangka beberapa strategi. Ini termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi
Pengajian Tinggi. Usaha ini bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan
kurikulum yang sudah digubal.
Saya tertarik dengan masalah yang
melanda di mana-mana sekolah di daerah saya, yang mana terdapat beberapa sekolah masih
mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan
opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar
mereka.
Bagaimana pula dengan guru baharu? mereka ini akan ditempatkan ke dalam sekolah apabila berlakunya kekosongan opsyen. Namun demikian, seringkali guru baru ini diberi tangungjawab mengajar yang bukan opsyen mereka. akibatnya, bukan sahaja kepakaran guru tersebut terkubur begitu sahaja, malah guru ini terpaksa belajar ilmu baharu iaitu subjek matematik
Persoalannya, adakah guru-guru
itu mampu menyampaikan ilmu terbabit dengan berkesan?
Mereka yang terpaksa akur dengan kehendak sekolah dan kehendak pentadbir terpaksa menurut
perintah. Atau situasi ini akan berlaku, ‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu
terbabit’.
Situasi lain juga turut dialami
apabila si murid bertanya mengenai satu soalan, kemudian si guru tidak
tahu. Jadi, dialog ini akan
keluar “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang”.
Terdapat juga kes di mana guru
bukan opsyen mengajar Matematik, tanpa mengambil kira,
kelas yang diajar itu mempunyai murid yang lebih bijak dalam subjek berkenaan.
Akhirnya guru yang belajar dengan murid. Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru
berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti
guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan.
Apakah
IPT di negara ini gagal memenuhi keperluan guru di negara ini? Sehingga hari
ini guru-guru ini tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat
guru GSTT masih diperlukan. Mungkin
masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini
dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sampai bilakah sistem pendidikan
seumpama ini berterusan? Ramai guru yang akur mengajar subjek tidak opsyen, kerana mereka terikat
dengan jolokan ‘SYMP’ – saya yang menurut perintah. Kita boleh mengisi kekosongan dan keperluan
mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.
Secara tuntasnya, Kementerian Pembelajaran Malaysia adalah pihak yang berperanan dalam masalah isu guru bukan opsyen mengajar. Saya harap pihak KPM mengimbangi pendidikan pada masa kini dimana memberi penempatan kepada guru baharu sesuai dengan opsyen mereka.
bukannya ingin menyalahkan KPM, namun jika dilihat dari sudut keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amatlah penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek matematik kerana guru yang sememangnya opsyen matematik akan lebih fokus kepada mencari kaedah yang sesuai mengajar pelajar bukannya menghabiskan masa menelaah benda baru sebelum masuk kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan