Pada asasnya, konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan pendidikan. secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkaitan rapat dengan pendekatan falsafah digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan nasalah atau isu pendidikan di bawah kajian.
Di dalam jurnal Harvard Education Review (1955), terkandung beberapa makalah yang membincang pengertian, ciri-ciri, tujuan dan isi falsafah pendidikan. Makadefini, berdasarkan dapatan perbincangan masing-masing, konsep falsafah pendidikan dirumuskan seperti berikut:
- Definisi Falsafah pendidikan haruslah ditentukan berdasarkan ciri-ciri falsafah, iaitu ditentukan melalui kaedah spekulatif, normatif dan analitik. Mengikut Frankena, falsafah pendidikan yang dikaitkan dengan ilmu harus berlandaskan kriteria utamanya, iaitu epistemologi, diikuti dengan aplikasi mefizik, kaedah dedukasi dan logiknya untuk membentuk pedagogikal.
- falsafah pendidikan seharusnya ialah teori pendidikan. Frankel C.menghuraikan penentuan tjuan dan pendidikan adalah aplikasi pendekatan yang sistematik daripada falsafah pendidikan.
- falsafah pendidikan mengandungi ciri-ciri tersendiri. soalan asas falsafah pendidikan ialah "apakah pendidikan?". Maka, hasilan daripada falsafah pendidikan adalah akibat usaha kajian intelektual atas tujuan pendidikan, realiti objektif, prinsip asas, dan nilainya.
E.D. Miller, dalam bukunya Question that Matter (1984), menginterpretasikan falsafah sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas perkara-perkara yang penting. maka, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas pendidikan.
Berdasarkan huraian- huraian di atas, falsafah pendidikan boleh dirumuskan sebagai panduan, arah tuju atau pendapat terhadap pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan