Halaman

Ahad, 22 November 2015

Falsafah Pendidikan

  


      Pada asasnya, konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan pendidikan. secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkaitan rapat dengan pendekatan falsafah digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan nasalah atau isu pendidikan di bawah kajian.

   Di dalam jurnal Harvard Education Review (1955), terkandung beberapa makalah yang membincang pengertian, ciri-ciri, tujuan dan isi falsafah pendidikan. Makadefini, berdasarkan dapatan perbincangan masing-masing, konsep falsafah pendidikan dirumuskan seperti berikut:
  1. Definisi Falsafah pendidikan haruslah ditentukan berdasarkan ciri-ciri falsafah, iaitu ditentukan melalui kaedah spekulatif, normatif dan analitik. Mengikut Frankena, falsafah pendidikan yang dikaitkan dengan ilmu harus berlandaskan kriteria utamanya, iaitu epistemologi, diikuti dengan aplikasi mefizik, kaedah dedukasi dan logiknya untuk membentuk pedagogikal.
  2. falsafah pendidikan seharusnya ialah teori pendidikan. Frankel C.menghuraikan penentuan tjuan dan pendidikan adalah aplikasi pendekatan yang sistematik daripada falsafah pendidikan.
  3. falsafah pendidikan mengandungi ciri-ciri tersendiri. soalan asas falsafah pendidikan ialah "apakah pendidikan?". Maka, hasilan daripada falsafah pendidikan adalah akibat usaha kajian intelektual atas tujuan pendidikan, realiti objektif, prinsip asas, dan nilainya.
E.D. Miller, dalam bukunya Question that Matter (1984), menginterpretasikan falsafah sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas perkara-perkara yang penting. maka, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas pendidikan.

     Berdasarkan huraian- huraian di atas, falsafah pendidikan boleh dirumuskan sebagai panduan, arah tuju atau pendapat terhadap pendidikan.


Lemah matematik berpunca daripada beberapa faktor





      KEGAGALAN menguasai asas matematik dan algebra kerana malas mencuba menjawab soalan-soalan lepas asas algebra tidak kukuh, selain sikap pelajar sendiri yang sentiasa menganggap mata pelajaran itu sukar

hasil kajian yang dibentangkan oleh Salmah Mohd. Tahar dan Zailah Zainuddin dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu dalam kertas kerja bertajuk Faktor Kejayaan Pelajar Dalam Subjek Matematik Tambahan dari Perspektif Guru mendapati, kegagalan menguasai asas-asas Matematik itu menyebabkan mereka sering melakukan kecuaian semasa menjawab soalan.
Pelajar ini, walaupun berpendapat belajar Matematik Tambahan adalah menyeronokkan, tetapi mereka mudah kecewa apabila gagal menjawab soalan.
''Pelajar juga didapati tidak rajin mencuba soalan-soalan SPM yang lepas dan mempunyai keyakinan yang rendah yang mereka boleh lulus dalam peperiksaan tersebut,'' katanya dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Matematik 1999 di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kajian yang dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos ini melibatkan sebanyak 98 guru Matematik Tambahan seluruh Terengganu menggunakan pendekatan soal selidik dan perbincangan secara sumbang saran.
Kata dua pembentang itu lagi, kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini juga dikesan berpunca daripada kurangnya guru berpengalaman.
Hasil kajian mendapati, hanya sebilangan kecil sahaja guru yang mempunyai pengalaman mengajar Matematik Tambahan melebihi enam tahun, mempunyai pengalaman menanda kertas SPM dan menggubal soalan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Bagi mengatasi masalah-masalah, pengkaji mencadangkan guru-guru Matematik Tambahan mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan melalui kreativiti dan inovasi.
''Oleh kerana pelajar sering melakukan kecuaian semasa menjawab soalan, adalah dicadangkan agar guru-guru menekankan pengajaran daripada aspek membuat semakan sendiri, setiap kali menyelesaikan sesuatu masalah.
''Modul pengajaran berbentuk pemeriksaan sendiri boleh dibentuk,'' kata mereka.
Di samping itu, guru-guru juga disarankan menyediakan Modul Khas Algebra untuk pelajar Matematik Tambahan bagi mengatasi masalah penguasaan pelajar dalam mata pelajaran ini.
Selain itu, masa pengajaran daripada empat masa seminggu perlu ditambah menjadi lima atau enam. Satu atau dua masa tambahan juga boleh diadakan di luar waktu persekolahan biasa.
''Lima masa tersebut lebih baik jika diajar secara single period dan disusun supaya mata pelajaran ini diajar di sebelah pagi sebelum waktu rehat kerana mata pelajaran ini memerlukan tahap penumpuan dan kesediaan mental yang tinggi,'' jelas mereka.
Bagi guru pula, pengkaji mencadangkan JPN mengadakan kursus Peningkatan Prestasi Matematik Tambahan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan pengisian kursus termasuklah Kaedah Pengajaran Pembelajaran berkesan serta perkongsian idea dalam menyelesaikan masalah.

Benci Matematik?

    Kebencian matematik dalam diri pelajar terlahir disebabkan kemalasan, kebosanan dan kurang minat dan motivasi untuk belajar matematik kerana tanpa daya tarikan maka subjek matematik tidak mempunyai tempat di hati pelajar dan seterusnya kita akan lihat diakhir penggal nanti prestasi akademik pelajar tersebut akan menurun. Oleh itu, guru matematik perlu membuat refleksi diri kenapa dan mengapa pelajar tidak suka matematik? adakah cara pengajaran digunakan sesuai dilakukan? Adakah pelajar faham apa yang disampaikan? persoalan demi persoalan perlu dalam proses memperbaiki cara pengajaran  yang berkesan. selain itu, guru juga perlu mengambil kira beberapa aspek apa penyebab utama pelajar tidak berminat untuk belajar.

 Aspek Fisiologi.

Faktor-faktor yang menjadi penyebab kesulitan belajar pelajar ini berkait dengan kurang berfungsinya otak, susunan syaraf ataupun bahagian- bahagian tubuh lain. Para guru harus menyedari bahawa hal yang paling penting pada waktu belajar adalah kesiapan otak dan sistem syaraf dalam menerima, memproses, menyimpan, ataupun "recall" informasi yang sudah disimpan. Kalau ada bahagian yang tidak beres pada bahagian tertentu dari otak seorang pelajar, maka dengan sendirinya pelajar tersebut akan mengalami kesulitan belajar. Akibatnya ia akan memberi kesan ketika belajar. Di samping itu, siswa yang sakit-sakitan, tidak makan pagi, kurang baik pendengaran, penglihatan ataupun pengucapannya sedikit banyak akan menghadapi kesulitan belajar. Untuk menghindari hal tersebut dan untuk membantu pelajar, seorang guru hendaknya memperhatikan hal-hal yang berkait dengan masalah pelajar. contohnya, Seorang pelajar yang mempunyai pendengaran ataupun penglihatan yang kurang baik, sebaiknya menempati tempat di bahagian depan. 


Aspek sosial

Merupakan suatu kenyataan yang tidak dapat dibantah jika orang tua dan masyarakat sekeliling sedikit sebanyak akan berpengaruh terhadap kegiatan belajar dan kecerdasan siswa sebagaimana ada yang menyatakan bahwa sekolah adalah cerminan masyarakat dan anak adalah gambaran orang tuanya. Oleh karena itu ada beberapa faktor penyebab kesulitan belajar yang berkait dengan sikap dan keadaan keluarga serta masyarakat sekeliling yang kurang mendukung siswa tersebut untuk belajar sepenuh hati. Sebagai contoh, orang tua yang sering menyatakan bahwa Bahasa Inggris adalah bahasa mengarut (karena sulit) akan dapat menurunkan kemahuan anaknya unutuk belajar bahasa pergaulan internasional itu. Kalau ia tidak menguasai bahan tersebut ia akan mengatakan “ Ah Bapak saya tidak boleh juga.”Untuk itu,setiap guru tidak seharusnya menyatakan sulitnya mata pelajaran tertentu di depan siswanya. Tetangga yang mengatakan sekolah tidak penting karena banyak sarjana menganggur, masyarakat yang selalu minum-minuman keras dan melawan hukum, orang tua yang selalu marah, menonton TV setiap saat, tidak terbuka ataupun kurang menyayangi anaknya dengan sepenuh hati dapat merupakan contoh dari beberapa faktor sosial yang menjadi penyebab kesulitan belajar siswa.Bagi mengelakkan pengaruh negetif ini, ibu bapa, pihak guru dan masyarakat berperanan dalam memotivasi para pelajar untuk tetap belajar dan sifat malas dan benci pasti dapat dikurangkan.


Aspek kejiwaan  

Faktor-faktor yang menjadi penyebab pelajar mengalami kesulitan belajar ini berkait dengan kurang mendukungnya perasaan hati (emosi) pelajar untuk belajar secara sungguh-sungguh. Sebagai contoh, ada pelajar yang tidak suka mata pelajaran tertentu kerana ia selalu gagal mempelajari mata pelajaran itu. Jika hal ini terjadi, pelajar tersebut akan mengalami kesulitan belajar yang sangat berat. Hal ini merupakan contoh dari faktor emosi yang menyebabkan kesulitan belajar. Contoh lain adalah pelajar yang rendah diri, pelajar yang ditinggalkan orang yang paling disayangi dan menjadikannya sedih berkepanjangan akan mempengaruhi proses belajar dan dapat menjadi faktor penyebab kesulitan belajarnya. Hasil penelitian menunjukkan bahwa anak yang dapat mempelajari suatu mata pelajaran dengan baik kerana rasa selesa dengan mata pelajaran tersebut. Begitu juga sebaliknya, anak yang tidak selesa belajar suatu mata pelajaran biasanya tidak atau kurang berhasil mempelajari mata pelajaran tersebut. oleh itu, tugas utama yang sangat menentukan bagi seorang guru adalah bagaimana membantu pelajarnya sehingga mereka dapat mempelajari setiap pembelajaran dengan baik.Peranan guru memang sangat menentukan. Intinya, tindakan seorang guru dapat mempengaruhi perasaan dan emosi pelajarnya.


Aspek Intelektual

Faktor-faktor yang menjadi penyebab kesulitan pelajar dalam belajar ini berkait dengan kurang kecerdasan pelajar. Para guru harus mengetahui bahwa setiap pelajar mempunyai tingkat kecerdasan yang berbeza iaitu  Ada yang mempunyai masalah dalam menghafal sesuatu, ada yang sangat lambat menguasai subjek tertentu dan ini menjadi faktor penyebab mengapa pelajar tersebut bermasalah. tambahan pula, guru perlu mengambil perhatian terhadap pelajar yang lemah dalam menentukan hasil tambahan pecahan, hasil tambahan nilai negetif ataupun persamaan satu nisbah satu per dua. Untuk menghindari hal tersebut, guru-guru matematik perlu "alert" dan membantu pelajarnya pengetahuan asas matematik sehingga mereka dapat mengaplikasi penyelesaian masalah dalam matematik.



 

Sabtu, 21 November 2015

Guru matematik TERCABAR dan MENCABAR?






Benarkah pelajar-pelajar kita tidak berminat belajar matematik? Adakah guru-guru matematik pula tidak pandai menarik minat pelajar-pelajarnya mempelajari matematik? Atau salahkah dasar pendidikan Malaysia mengubal sukatan pendidikan matematik di negara ini? Persoalan demi persoalan diajukan. Akhirnya terdengarkan seperti nyanyian "Bangau,Oh Bangau"; yang terlibat menuding jari menuduh kesalahan kepada yang lain. Sebagai guru matematik,  persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah bagaimana menggunakan pelbagai kaedah agar pelajar-pelajarnya cepat memahami apa yang diajar, juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam apa juga situasi permasalahan matematik. Apa yang diharapkan juga ialah supaya pelajar  terus mengingati apa yang dipelajari itu seberapa kekal yang boleh.

        Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Pelajar tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap matematik. Guru juga yang harus memain peranan agar pelajar melempar jauh perasaan negatif dan fobia mereka terhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus ditangani oleh guru matematik.

        Sekolah Bestari memungkinkan guru-guru matematik yang selama ini menjadi sumber maklumat bertukar tugas sebagai filisitator. Guru sebagai pemandu arah kepada pelajar, mereka sendiri yang  mencari maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolah bestari,  guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran.  Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.  Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

        Kaedah Pembelajaran Koperatif pula adalah suatu strategi pengajaran yang melibatkan pelajar-pelajar saling bantu membantu diantara satu sama lain dalam kumpulan kecil dengan mempunyai matlamat bersama. Kajian terkini mendapati penggunaan Pembelajaran Koperatif boleh meningkatkan dan mewujudkan pencapaian pelajar, pemikiran kritikal dan kreatif, sikap positif terhadap matapelajaran dan sekolah, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan, keyakinan diri dan saling menghormati. Tugas guru sebagai tenaga pengajar beralih kepada penggalak agar mereka terangsang untuk  menyiasat, meneroka dan mencari sendiri maklumat yang dikehendaki terutama dalam matematik.

        Menurut Johnson, Johnson, and Smith (1991) pembelajaran koperatif perlu mengandungi  'Positive Interdependence' iaitu setiap ahli bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika mereka gagal memainkan peranan masing-masing, kumpulan itu akan menanggung akibatnya. 'Individual Accountability',  iaitu setiap ahli dalam kumpulan adalah bertanggung jawab kepada maklumatnya dan menguasai sepenuhnya bahan-bahan pelajaran berkaitan. 'Face to face promotive interaction',  iaitu walaupun setengah kerja dalam kumpulan boleh dibahagi-bahagikan tetapi ada kalanya ia perlukan maklum balas, cabar-mencabar dan galakan secara interaktif dari rakan-rakan lain dalam kumpulan. 'Appropriate use of collaborative skill' iaitu pelajar digalakkan membentuk dan dilatih saling mempercayai, kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran pengurusan konflik. 'Group processing' adalah  setiap pasukan membentuk matlamat kumpulan, dari masa ke semasa membuat penilaian tentang pencapaian sebagai satu kumpulan dan mengenalpasti masalah untuk tujuan kebaikan masa datang.

        Terdapat beberapa model yang telah direka oleh para pengkaji dalam merealisasikan kaedah Pembelajaran Koperatif bergantung kepada kesesuaian pelajar iaitu diantaranya ialah The Structural Approach (Spencer Kagan), The Learning Together Approach (Johnson & Johnson), STAD, TGT, Jigsaw (Slavin) dan Group Investigation (Sharan & Shacar).

        Proses pembelajaran yang berkesan sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya termasuklah faktor motivasi, kepantasan bertindak, suasana sekeliling dan mod serta cara penyampaian bahan pembelajaran tersebut. Boleh dikatakan tiada bukti kukuh yang memperkatakan tentang perbezaan cara pembelajaran antara pelajar yang pintar, sederhana dan yang lembab, kerana proses yang berlaku dalam otak manusia adalah sama. Yang membezakan ketiga-tiga kategori pelajar itu hanyalah dari segi motivasi dan kepantasan bertindak. Proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer banyak menolong dalam hal ini. Perisian kursus yang dibina dengan teliti boleh menolong meransang minda pelajar untuk terus mempamerkan kebolehan-kebolehan golongan ini yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh minda manusia dewasa.

        Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan menghasilkan satu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bermutu. Salah satu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan memasukkan unsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui komputer dapat menarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan pelajaran yang digeruni. Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan bermultimedia. Pelajar diberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan komputer dapat merangsang pelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan yang telah dipelajari tambahan pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor seperti warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajar untuk terus menggunakan perisian.

        Selain daripada itu perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu  satu menu khusus untuk membantu pelajar  yang bermasalah terutama bahagian asas disamping dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu  yang dipelajari . Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga kalkulator grafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teori-teori dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan dapati pelbagai  maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik,  kaedah pengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh menghiburkan pelajar.

        Teori Konstruktivisme membawa pelajar membina realiti sendiri atau sekurang-kurangnya menterjemahkan apa yang dialaminya berdasarkan kepada persepsi pengalaman. Jadi, pengetahuan individu adalah berfungi untuk pengalaman lepas, struktur mental dan kepercayaan  ini semua akan digunakan sebagai penerangan kepada benda dan peristiwa yang ditempuhi (Jonasson 1991). Merill (1991) berpendapat bahawa pengetahuan dibina dari pengalaman. Pembelajaran ialah pandangan individu kepada dunia sekeliling. Konsep terhadap sesuatu adalah dibina hasil daripada perkongsian beberapa perspektif dan daripada pembelajaran cara koleboratif. Apa yang ingin disampaikan ialah realiti yang dibina oleh pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Sesungguhnya kaedah pengajaran gaya konsruktivisme dalam pembelajaran matematik banyak mengubah cara pengajar. Daripada menetapkan apa yang perlu dicapai (cara pengajaran tradisional) kepada idea yang lebih terbuka, pelajar terangsang untuk berfikir dan bebas memberi pendapat. Masing-masing ada pengalaman dan berfikir sendiri. Unsur multimedia yang dimasukan bertujuan supaya deria pengguna dirangsangkan sedaya mungkin. Ini sebagai suatu strategi kognitif dan seterusnya teori konstruktivisme dapat dipraktikkan.

        Simulasi didefinisikan sebagai suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenarnya tetapi dalam bentuk yang dimudahkan, diringkas atau dikecilkan. Kaedah ini dapat membantu dalam P&P matematik. Kaedah ini selalunya dibina dengan teknologi multimedia untuk  mentafsirkan masalah matematik selain dengan penggunaan model. Ini bertujuan untuk mereka mengenali secara tersendiri dengan masalah yang terjadi. Pelajar akan mendapat pengalaman dari cara ini yang besesuaian dengan  Teori Konstruktivisme seterusnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Kaedah Projek atau Tugasan matematik pula bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran  matematik. Antara objektif utamanya adalah untuk melahirkan pelbagai kaedah penyelesaian selepas satu konsep pembelajaran diberikan. Walaupun ia satu tugas yang agak berat, tetapi kaedah ini dijamin dapat memberikan kepuasan kepada pelajar terutama apabila dapatan dihasilkan dengan jayanya. Kaedah Kerja Luar dalam pembelajaran matematik pula  membawa pelajar ke situasi yang berbeza dari bilik darjah,  ia dapat merialisasikan masalah situasi sebenar kepada pelajar. Pelajar akan  terhibur, tidak merasa bosan dan didedahkan dengan pengalaman yang sebenar.

        Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini.  Kaedah 'chalk and talk' dan kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa. 

Khamis, 19 November 2015

pengunaan Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran






                   
   Link Power Point diatas adalah salah satu cara saya gunakan dalam P&P dalam topik bulatan mengikut kesesuaian tahap pelajar- pelajar tersebut. saya menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan guru dimana saya sebagai guru berperanan dalam menerangkan subtopik tersebut dan diselangi dengan pertanyaan soalan kepada pelajar . Pada permulaan kelas saya menyuruh pelajar melihat LCD dan meminta pelajar memberitahu apa yang mereka lihat dalam skrin tersebut. Di sini, pelajar akan tercari-cari apa yang saya inginkan kerana mereka tahu ia berkaitan dengan subtopik seterusnya dan ini membuatkan pelajar tersebut ingin mendalami subtopik tersebut kerana tertarik untuk mencari permasalahan yang saya berikan sekaligus mereka akan membuat penempuan dan teliti pada setiap penyampaian pelajaran yang saya berikan,
    Refleksi daripada pengunaan power point sebagai bahan bantu mengajar adalah amat baik dilakukan mengikut kesesuaian topik yang diajar agar pelajar tersebut tidak berasa bosan untuk belajar dengan kaedah yang sama.  pemaparan LCD akan meningkatkan kecerdasan visual pelajar tentang subtopik pembelajaran ini dimana mereka mampu memahami pelajaran tersebut malah mampu mengimbas kembali pembelajaran subtopik ini apabila saya bertanyakan kepada pelajar diakhir waktu meringkaskan hasil pembelajaran pada hari tersebut.




Kaedah permainan dalam matematik

Kaedah permainan dalam matematik adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Menurut kajian dan pemerhatian yang di buat oleh Burner iaitu teorem pembinaan di mana beliau menjelaskan bahawa cara yang paling berkesan bagi para pelajar mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
Selain itu, Menurut Saiful Azrul (2009) kaedah bermain sambil belajar dijalankan secara spontan untuk faedah aktiviti itu sendiri. Ini bermakna aktiviti ini memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat juga unsur-unsur spontan, kurang berstruktur, tiadapaksaan dan menimbulkan kepuasan dalam aktiviti permainan matematik. Sebagai contoh apabila bermain dam ular, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan sambil menguasai kemahiran asas penambahan dalam matematik.

Tambahan pula, permainan matematik juga boleh dikatakan sebagai suatu aktiviti yang melibatkan seorang atau lebih daripada seorang pemain, mempunyai peraturan-peraturan tertentu, memerlukan pemain memikir tentang strategi-strategi tertentu untuk menguasai permainan, disusun berasaskan kepada prinsip matematik dan direka serta dipersembahkan dengan gaya, lakaran, warna serta corak yang menarik. Apa yang lebih penting dalam setiap permainan matematik terdapat kemahiran tersirat dan apabila dimainkan ia dapat membantu pelajar dalam pembelajaran matematik itusendiri.

kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran.


gambar rajah 1: contoh kaedah permainan mengunakan "tangga dan ular"

 Gambar rajah 1 diatas adalah salah satu bahan bantu mengajar dalam bentuk permainan yang telah saya aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya semasa menjalankan praktikal selama 3 bulan setengah di salah sebuah sekolah yang terletak di bahagian bandar Kota Kinabalu, Sabah di mana saya telah diberi tugasan untuk mengajar matematik tingkatan 4 kelas sains. 
      Kaedah Permainan "tangga dan ular" ini  saya gunakan semasa memeperkenal Topik keberangkalian kepada pelajar di dalam set induksi. Saya edarkan kertas permainan ini dan 1 dadu dalam satu kumpulam dan menerangkan aktivti permainan tersebut. Setelah 20 minit bermain, saya bertanya kepada pelajar apa yang mereka dapat dalam permainan tersebut . Antara reaksi jawapan yang masih saya ingat.

   Pelajar 1: " cikgu, ada dua langkah lagi. kalau tak saya yang nombor satu"
   Pelajar 2: " kalau saya lontar bagus- bagus dadu tadi mungkin saya dapat nombor 6"
   Pelajar 3: " dapat main cikgu, relaks- relakskan minda, seronok plak berlumba-lumba mahu dapat                          nombor satu"

 Dari reaksi mereka, saya simpulkan kepada mereka bahawa apa yang mereka bermain tadi ada perkaitannya dengan tajuk hari tersebut iaitu keberangkalian, di mana sebarang kemungkinan mereka akan mendapat nilai 1, 2, 3, 4, 5  dan 6 yang akan menentukan mereka sama ada menang ataupun kalah dan setelah itu, saya teruskan pengajaran dan pembelajaran lebih lanjut tentang keberangkalian.
   Dari refleksi saya sebagai guru praktikal, sepanjang proses P&P ini di jalankan pelajar tekun mendengar dan memahami  pengajaran yang disampaikan. tambahan pula, set induksi adalah perkara yang penting dalam menarik perhatian pelajar dari bosan bertukar kepada seronok.

Ahad, 15 November 2015

Isu Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


   
 Isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan PBS ini bergantung pada guru tersebut. Sekiranya guru menganggap PBS tidak penting  maka ia akan menyulitkan proses pelaksanaannya. Selain itu, dari segi kebolehpercayaan maklumat yang diambil pelaksanaan sistem PBS ( Mokhtar Ismail, 2009 ). Dalam konteks PBS tugas dan arahan tentang ujian diberi oleh guru kepada calon. Dahulu kita tahu, ia dipikul oleh Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi dalam PBS guru  memberikan arahan dan tugas kepada calon. Kejayaannya bergantung pada sistem kepercayaan guru. Jika guru mempunyai sistem kepercayaan negatif terhadap PBS, maka nilai kebolehpercayaan yang rendah akan di perolehi terhadap tugasan atau kerja kursus yang dilaksanakan oleh calon. Ini akan memberi kesan terhadap kesahan  ujian berkenaan.

    Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesediaan murid sebagai calon PBS untuk mengambil ujian  berdasarkan perkembangan mental mereka. Isu ini mungkin tidak kritikal kerana dalam sistem pendidikan semua murid menghadapi kurikulum yang sama pada umur yang sama. Sekiranya ada isu yang timbul melibatkan murid lemah yang memerlukan pemulihan. Cara mereka diurus untuk mengambil ujian PBS merupakan suatu perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil perhatian. Selain itu, PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mengisi pelbagai jenis borang dan menganalisis markah pelajar yang mengambil masa yang lama.

    Penekanan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris melalui pengenalan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) kepada pelajar-pelajar  dan guru-guru menambah tekanan dan mempengaruhi prestasi pengajaran guru-guru. Belum reda isu PPSMI, kemunculan MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuh bahasa Inggeris) turut memberi tamparan yang hebat kepada guru-guru dan juga kepada pelajar. Konsep PPSMI belum habis di mengertikan muncul pula MBMMBI bagi menggantikan PPSMI. akibat dua dasar ini, institusi pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah bagai terumbang-ambing atau seperti berada di persimpangan dilema, dan secara kasarnya, institusi ini terbelah kepada dua kelompok penyokong, PPSMI dan MBMMBI dan yang terkeliru sudah tentulah warga pendidik dan pelajar. Ini akan memberi tamparan yang hebat kepada pelajar dalam meneruskan pembelajaran dan guru dalam meneruskan proses pengajaran.  Lapan tahun dulu, awal perlaksanaan PPSMI, ditentang hebat sebab takut sukar dipelajari pelajar. namun, selepas perlaksanaannya, ia semakin diterima oleh golongan pendidik. 

   Namun, tahun 2009, isu ini diperdebatkan sekali lagi  sehinggalah suatu keputusan drastik kerajaan memansuhkan secara berperingkat dasar PPSMI,  dan bila dah mansuh diwujudkan pula MBMMBI. Signifikan MBMMBI pula memartabatkan bahasa ibunda dan memperkukuh bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.  Walau bagaimanapun, ia tetap menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar  dan juga ibu bapa. Ada ibu bapa yang boleh menerima pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan ada ibu bapa yang tidak mahukan dalam Bahasa Malaysia (BM). Guru terpaksa berdepan dengan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat  untuk menjelaskan tentang pertukaran rancangan yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Walaupun demikian , dalam perkembangan terkini, kerajaan Malaysia mengubah balik pengajaran matematik, Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu pada tahun 2012 (Dr.raghbir Kaur Joginder Singh, 2012).

   

Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar  dengan pelbagai perkara sama ada kebaikan atau keburukan.
Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai-nilai murni. Sikap pelajar kini yang tidak menghormati guru, ibu bapa, orang tua, rakan sebaya, percakapan yang tidak sopan serta cara berpakaian/penampilan yang tidak senonoh menjadi cabaran untuk guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang ditetapkan oleh KPM malah guru menjadi ibu bapa dalam membentuk peribadi murni pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jati diri  serta mengamalkan tatasusila ketimuran.

   
Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat mengajar, guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian, menjadi penjaga, menjadi doktor bila pelajar tidak sihat, menjadi pendengar yang setia di saat ibu bapa pelajar leka dengan tugas-tugas di pejabat, menjadi tempat pelajar melepaskan perasaan dan juga menjadi teman berbual mengisi masa lapang.  Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas, ada guru yang berkorban meningkatkan tahap pengetahuan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi , mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan. Begitulah tabahnya guru  mengejar gelaran sarjana atau Phd. Semuanya demi melahirkan generasi yang berilmu dan berminda kelas pertama.  Guru turut mengorbankan masa lapangnya, dengan menjalankan aktiviti pengembang bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Segala-galanya demi melihat  modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri. Usaha ini tidak pernah minta dibalas, hanya ingin melihat kejayaan yang di kecapi, Itu merupakan satu kepuasan buat guru. Usaha yang dilakukan ini kadangkala tidak dihargai oleh segelintir pihak namun atas rasa tanggungjawab, guru teruskan jua langkah demi melahirkan generasi yang berkualiti. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen  masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah.

   Justeru itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membekalkan pendidikan berkualiti bergantung pada dedikasi dan komitmen guru-gurunya. Hasrat kerajaan untuk menangani isu-isu pendidikan global dan mencapai pendidikan kelas dunia merupakan cabaran utama kepada semua guru Malaysia.

Begitu besarnya dan berbaktinya insan bergelar guru. ‘Guru ibarat lilin, menerangi sesiapa sahaja sehingga membakar diri sendiri’ pepatah itu cukup untuk membuktikan tentang peranan guru dalam sistem pendidikan negara. Setiap apa yang dicurahkan bukan untuk minta dibalas, ilmu disemai untuk di cambah, kegagalan murid tanda kesedihan seorang guru, kejayaan yang ditempa kejayaan buatnya. Namun segala apa yang dilakukan bukanlah kerana perlukan balasan hanya sekadar melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan, beramal dan berbudi. Ibarat benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit

TIMMS dan PISA?


UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA.  TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.


Di Malaysia, TIMSS dan PISA hanya melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 daripada beberapa buah sekolah yang dipilih secara rawak. Pelajar yang dipilih untuk menduduki ujian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar paling cemerlang hingga dan pelajar paling corot. Ujian TIMSS dan PISA tidak begitu disedari umum kerana ia dijalankan empat tahun sekali dan hanya melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan pengetahuan am berdasarkan pembacaan.

    Bagaimanapun, pada hujung tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia  memberi penekanan yang lebih kuat  kepada TIMMS dan PISA. Ujian TIMMS dijalankan pada tahun 2014 manakala ujian PISA dijalankan pada tahun 2015. Sebelum ujian (kajian) sebenar dijalankan, mungkin beberapa sekolah  terpilih akan menjawab ujian mirip TIMMS dan PISA. Kajian ini akan dijalankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).  Soalan TIMSS dan PISA adalah soalan High Order Thinking Skills (HOTS). Oleh itu, semua guru didedahkan dengan Taksonomi Bloom (revised) dan soalan-soalan HOTs. Guru-guru Sains dan Matematik diberi pendedahan tentang contoh soalan TIMSS dan PISA.


TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study.  Sampel kajian TIMSS melibatkan pelajar Tingkatan 2 (Gred 8).Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Negara kita telah menyertai TIMSS  sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2003, 2007 dan 2011. Keputusan kajian TIMSS pada tahun 2011 menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999. Pada tahun 1999, Malaysia menduduki tempat ke-16 daripada 38 negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS untuk matematik. Kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-10 daripada 50 negara pada tahun 2003, tetapi merosot jatuh ke kedudukan ke-20 daripada 49 negara pada tahun 2007. 
Daripada prestasi yang diperolehi ternyata pelajar kita belum bersedia menghadapi peperiksaan tersebut kerana bentuk soalan dan tajuk yang diberikan adalah soalan berbentuk HOTS.



video yang disajikan diatas memaparkan maklumat tentang apa itu Ujian PISA    


PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.  Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Sampel kajian PISA melibatkan pelajar Tingkatan 3 (15 tahun). Kedudukan Malaysia adalah di tangga 55 daripada 74 buah negara dengan mata 404. Purata mata bagi semua negara yang terlibat dalam kajian ini ialah 458. Negara China mendapat 600 mata, Singapura 562 mata, Hong Kong 555 mata dan Korea 546 mata.


Pendedahan soalan HOTs kepada pelajar akan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Selain itu,  pendedahan soalan HOTs secera tidak langsung memberi  pendedahan kepada TIMSS dan PISA.

Sabtu, 7 November 2015

Kepentingan Penggunaan Bahan yang Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran


   Sedasawarsa ini, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memberikan pemahaman konsep yang mantap kepada murid-murid. Sering kali murid tertukar konsep-konsep pembelajaran antara tajuk-tajuk yang mereka murid-muridi, contohnya, konsep peratus dengan pecahan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru haruslah kreatif dan kritis dalam berfikir bagi membina satu resos yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman dalam kalangan murid-murid. Penggunaan resos yang efektif sebenarnya mampu mewujudkan kejayaan mencapai objek pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, terdapat banyak kepentingan dalam menggunakan resos bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 
 Antaranya ialah,dengan menggunakan bahan yang efektif, guru-guru boleh mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dengan senang dan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan bahan yang dibina, digunakan oleh murid-murid secara menyeluruh, mereka akan dapat menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan dengan berkesan. JIka kita dapat perhatikan, murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan betul merupakan murid-murid yang faham akan konsep pembelajaran pada hari itu.  Selain itu juga, mereka akan mampu untuk menyatakan kembali apa yang telah mereka pelajari pada hari ini secara mantap dan tepat dan dapat menggalakkan pemikiran secara membina.

  Penggunaan bahan bantu belajar juga bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan terhadap keperluan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pendidikan di Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan yang seimbang berdasarkan konsep JERIS adalah amat diperlukan oleh murid-murid supaya mereka berdaya saing dalam era pasca globalisasi pada masa kini. Setiap sesuatu kejayaan yang besar adalah bermula daripada satu langkah tapak kaki. Sehubungan itu, bahan bantu belajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid dalam sesuatu subjek yang mana mereka akan meneroka bahan tersebut dan meningkatkan daya pemikiran mereka supaya menjadi lebih kreatif dan kritis. Inilah pembangunan pendidikan yang kita inginkan terhadap murid-murid masa kini. 

   Tambahan pula, bahan bantu belajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Guru-guru harus memainkan peranan penting dalam menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai selaras dengan perkembangan semasa supaya murid-murid pada hari ini dapat mempraktikkan pemikiran di luar kotak. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu belajar ada dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, kepelbagaian bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai,dengan kepelbagaian bahan bantu belajar yang ada, murid-murid pasti akan memilih bahan yang mereka minati bagi membantu mereka memahami konsep subjek dalam pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut.  
 
  Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dengan tajuk, murid-murid akan dapat menjana idea-idea yang baru dan membuat inovasi terhadap tajuk atau bahan yang mereka gunakan. Hal ini adalah amat digalakkan selaras dengan membentuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam menjalankan pengajaran berbentuk pemikiran secara kreatif dan kritis, ianya memang susah kerana setiap murid membesar dalam persekitaran yang berbeza. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku supaya penjanaan minda terhadap murid-murid dapat dilaksanakan secara ansur maju.    
    Tambahan pula,murid-murid juga akan mudah tertarik dengan subjek tersebut jika kita menggunakan konsep bermain sambil belajar dengan menggunakan bahan bantu belajar. Dengan pembinaan bahan bantu belajar yang bersifat permainan, murid-murid pasti akan lebih berminat untuk menggunakan bahan bantu belajar tersebut kerana sememangnya fitrah seorang murid-murid suka bermain sambil belajar. Selain itu, bahan bantu belajar itu mestilah menarik dan berwarna-warni mengikut kesesuaian aktiviti supaya murid-murid akan dapat mengenali warna sambil bermain menggunakan bahan bantu belajar yang disediakan. Jika mereka menggunakan bahan bantu belajar tersebut sepenuhnya, pasti mereka akan dapat memahami konsep subjek itu dengan sebaiknya. Secara tidak langsung objektif pengajaran pasti akan tercapai.

   Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu belajar, ianya dapat memberi kefahaman kepada murid-murid dengan mudah dan cepat. Dalam setiap bilik darjah, tidak semua murid mempunyai kecerdasan yang sama, ada sesetangah murid perlu belajar dengan menggunakan muzik, ada yang perlu menggunakan bahan elektronik seperti iPad,iPhone atau komputer. Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai pasti akan dapat memberikan kefahaman yang baik dan mantap serta cepat kepada murid-murid. Namun begitu, guru haruslah kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar yang mengikut kemampuan guru dan juga yang mampu memenuhi keperluan murid-murid supaya objektif pembelajaran pada waktu tersebut akan mudah tercapai tanpa melibatkan kos yang tinggi.

  Yang paling meyeronokkan adalah, dengan adanya bahan bantu belajar, ianya akan menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah secara langsung. Cara ini adalah cara yang paling baik dan patut digunakan oleh semua guru kerana cara ini terbukti merupakan cara terbaik bagi memastikan murid-murid akan memahami konsep subjek tersebut dengan baik. Bahan bantu belajar yang berbentuk 3D adalah bahan yang paling baik, dan jika seseorang guru itu berkemampuan, guru boleh menyediakan bahan-bahan tersebut bagi setiap murid supaya mereka boleh meneroka dan memegang sendiri barang tersebut. Murid-murid akan terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka pasti tidak akan berasa bosan dengan subjek tersebut. Kita dapat lihat pelbagai kemahiran dalam kalangan murid-murid yang akan dapat ditonjolkan jika cara ini diguna pakai dalam bilik darjah.  Oleh itu, kita boleh lihat betapa pentingnya penggunaan bahan bantu belajar 3D dan penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh murid-murid.  

  Penggunaan bahan bantu belajar juga dapat menilai perkembangan intelek murid-murid. Murid-murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Murid-murid juga akan dapat mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka dengan cara menyelesaikan masalah, contohnya dengan menggunakan Polyas’ Model. Cara berfikir seperti ini perlu dipupuk semenjak mereka kecil lagi supaya mereka akan lebih kreatif pada masa hadapan. Perkembangan intelek yang seimbang dapat menyeimbangkan aktiviti harian dan kecerdasan murid-murid dalam pelbagai aspek kehidupan berdasarkan konsep JERIS.

  Bahan bantu belajar yang disediakan, jika berbentuk permainan adalah sangat digalakkan. Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi murid-murid dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Murid-murid akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Pembelajaran kooperatif adalah amat sesuai digunakan bagi meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.

  Secara tuntasnya, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan proses pengiraan secara berkesan. Salah satu jenis bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10.Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes. Selain daripada itu,rod Cuisenaire,Cipberwarna,Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pengiraan asas matematik. Contoh – contoh bahan manipulatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah seperti dalam gambar rajah di bawah.



Pandangan Kanak-kanak Dalam Pengajaran Matematik

     



   Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat pembelajaran matematik itu.

   Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus memahami teori-teori pembelajaran matematik yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal.

  Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.

   Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model.

   Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.

   Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.

   Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik seperti berikut :

1. Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh belajar matematik melalui kaedah penemuan.

2. Teorem tatatanda
Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap matematik seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

3. Teorem Kontras dan Variasi
Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep yang lain. Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus diperkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah boleh diajar dengan berbagai contoh seperti berikut :

    3 + 4 = #,        3 + # = 7,        /// + //// = ? 


4. Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi.

    Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, memberi banyak sumbangannya dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah berjaya dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik. Sistem pengajaran beliau yang berdasarkan kepada teori pembelajaran Piaget, adalah dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi lebih mudah dan berminat untuk dipelajari.

    Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor Diens berpendapat bahawa setiap konsep ( atau prinsip ) matematik boleh menjadi mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep matematik tulen, konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut.
  1. Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungannya. Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh konsep bagi nombor ganjil.
  2. Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor. Contohnya : 253 bererti 200 + 50 + 3.
  3. Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen dan konsep tatatanda untuk menyelesaikan masalah matematik.


      Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting untuk menentukan teknik pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat bantu mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak.

    Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh mempelajari konsep matematik dengan tepat dan bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes dan Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep matematik dalam aktiviti penyelesaian masalah. Untuk mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda konkrit, alat-alat bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit. Di samping itu, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada kompleks mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran konsep matematik boleh juga dilakukan memlalui berbagai cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan penggunaan kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran pembezaan ciri-ciri di antara konsep dengan konsep yang lain, dan Ausubel mengusulkan pembelajaran resepi dengan memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat permulaan serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan konsep yang baru. Di samping itu, konsep umum patut diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciri-ciri spesifik.

   Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aktiviti pengukuhan. Melalui peneguhan positif, kemahiran-kemahiran matematik bukan sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran matematik juga dapat dipertingkatkan. 

   Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah. Pendidikan perlu mengikuti aliran zaman kerana pendidikan berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan berfungsi dengan berkesan. Ini sesungguhnya adalah penting untuk menjamin kemajuan masyarakat.